Piagam Pelanggan SK Bandar Putra

Kami Warga Pendidik
Sekolah Kebangsaan Bandar Putra
Dengan penuh tekad dan iltizam
berikrar dan berjanji akan menumpukan
sepenuh usaha dan tenaga kami
untuk;

a) Memastikan sistem pendidikan Sekolah Kebangsaan Bandar Putra berjalan mengikut kehendak yang digariskan di dalam Falsafah Pendidikan Negara.
b) Menyediakan guru dan staf yang berdedikasi, berdisiplin, bertanggungjawab, komited, produktif, cekap dan berkesan dalam menjalankan tugas setiap masa.
c) Memastikan semua pelajar di Sekolah Kebangsaan Bandar Putra mendapat tempat belajar yang kondusif pada hari pertama sesi persekolahan bermula, agar proses pengajaran dan pembelajaran berjalan dengan baik dan berkesan.
d)  Memastikan setiap pelajar mendapat pendidikan yang sempurna dan cemerlang merangkumi aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.
e)  Menampilkan layanan mesra, prihatin dan penyayang dalam memberikan perkhidmatan kepada pelajar, ibu bapa, masyarakat dan negara.
f)  Sentiasa bersedia memberi penerangan, maklumat terkini dan jawapan yang lengkap, tepat dan cepat kepada yang berkenaan.
g)  Bersedia memberi dan menerima pendapat, syor, teguran yang membina
dan nasihat yang baik dari semua pihak demi meningkatkan kecemerlangan  akademik.
Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

 
 gb

UPSR 2019

23.09.2019 24:00 248 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat