PERMOHONAN Kemasukan Pra Sekolah SK Bandar Putra 2012

Perhatian kepada ibu bapa/penjaga

Permohonan untuk kemasukan Pra Sekolah bagi tahun 2012 akan dibuka dan borang pemohonan boleh diperolehi di Pejabat SK Bandar Putra mulai 1 Julai sehingga 31 Ogos 2011.

SYARAT-SYARAT KEMASUKAN

1.      1. Warganegara Malaysia sahaja.

2.      2. Lahir pada 1 Januari 2006 hingga 15 Januari 2007.

3.      3. Telah mendaftar umtuk Tahun 1, 2013 di SK Bandar Putra.

4.      4. Keutamaan pemilihan adalah berdasarkan merit pendapatan ibu bapa/penjaga di bawah garis kemiskinan dan “ranking” pendapatan per kapita keluarga dari rendah ke tinggi.

5.      5. Tempat tinggal adalah mengikut zon bagi SK Bandar Putra sahaja.

 


TARIKH TUTUP PERMOHONAN

Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar ke Pejabat SK Bandar Putra  sebelum atau pada 31 Ogos 2011. Permohonan yang lewat tidak akan diterima.

 

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

1.      1. Salinan sijil kelahiran (depan  dan belakang)

2.      2. Salinan kad pengenalan ibu bapa/penjaga (depan dan belakang)

3.      3. Salinan slip gaji ibu bapa/penjaga  atau  isi Borang Penyata Pendapatan bagi yang tiada slip gaji (borang boleh diperolehi di Pejabat SKBP)

4.      *  Setiap salinan dokumen mestilah mendapat pengesahan dari majikan  atau ketua kampung.

5.      **  Sila berikan alamat dan no telefon terkini yang mudah dihubungi.

6.       Pihak sekolah  berhak membatalkan permohonan jika didapati maklumat yang diberikan adalah palsu. Borang boleh dimuatturun di sini.

Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

 
 gb

UPSR 2019

23.09.2019 24:00 244 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat