Permohonan Pertukaran Guru Sesi Januari 2011

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) akan menggunakan sepenuhnya sistem on-line e-G Tukar.

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Januari 2011 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 30 September 2010. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web KPM seperti berikut:

i. http://www.moe.gov.my   atau

ii. http://apps.emoe.gov.my/epgo

Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA29, DG41, DGA32(KUP), dan DG44(KUP) sahaja serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran.

Manakala guru Gred DGA32, DGA34, DG44 dan DG48 hakiki perlu memohon secara manual dengan menggunakan borang manual (berasaskan perisian excel) yang boleh diperoleh dari laman web e-GTukar dan dihantar melalui sekolah ke JPN untuk dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.

Sekian, Terima kasih.

Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

gb
 

Info Semasa

Selamat Datang
Terima kasih atas kunjungan anda ke portal ini. Dapatkan informasi terkini SK Bandar Putra di sini.


HARI PERTAMA SESI 2015

4.1.2015 24:00 43 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat