Sesi Suai Kenal dan Taklimat Ibu Bapa Tahun 1 2019

Makluman Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 1 2019,

Sesi Suai Kenal dan Taklimat Ibu Bapa Tahun 1 2019 akan diadakan seperti ketetapan di bawah :

Tarikh : 13 Oktober 2018 

Hari : Sabtu

Tempat : Dewan Terbuka, SK Bandar Putra

Masa : 8.00 pagi Pendaftaran Murid 

           8.35 pagi Taklimat Ibu Bapa/Penjaga / KSSR

                         Murid membuat latihan diagnostik

Kehadiran:  Semua Murid Tahun 1 2018  dan Ibu Bapa/Penjaga

Berikut adalah beberapa perkara untuk makluman dan tindakan pihak tuan :-

1. Anak tuan perlu hadir untuk sesi penyesuaian diri dan penentuan kelas Tahun 2019.

2. Mohon kerjasama tuan untuk menyediakan alat tulis seperti pensel, pemadam dan pensel warna.

3. Tuan dikehendaki membawa slip pendaftaran yang dikepilkan bersama surat ini pada Hari Suai Kenal tersebut.

4. Anak tuan dikehendaki berpakaian kemas dan berkasut.

Kerjasama tuan untuk mematuhi tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah amat diharapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.  Segala kerjasama dan tindakan tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

 

 

Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

 
 gb

SESI 2019

01.01.2019 24:00 16 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat