Permohonan Kemasukan Tingkatan 1 2019 Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM)

Makluman Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 6,

Kolej Yayasan Saad Melaka (KYSM) adalah sebuah swasta berasrama penuh yang menawarkan pendidikan berkualiti tinggi. Sistem pendidikan di KYSM telah terbukti dalam melahirkan pelajar-pelajar cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum. Misi KYSM adalah untuk melahirkan individu-individu yang berkarisma dan berjati diri tinggi.

Kolej Yayasan Saad Melaka mempelawa pelajar-pelajar berkelayakan yang mahu pendidikan berkualiti untuk memohon belajar di Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima bagi tahun 2019.

KEMUDAHAN YANG DISEDIAKAN DI KYSM

Pendidikan sekolah menengah mengikut kurikulum kebangsaan dari Tingkatan Satu hingga Tingkatan Lima.

Nilai Tambah: Program Pembangunan Intelektual, Program Pemantapan Sahsiah Diri & Kepemimpinan, Pengajian Bahasa Inggeris Bersepadu, Pengetahuan Am, Muzik, Coding, Seni Reka & Grafik, Renang, Sukan dan Permainan.

Bilik-bilik yang serba lengkap dan berhawa dingin.

Penjagaan kebajikan pelajar yang menyeluruh

Perkhidmatan jururawat, kawalan keselamatan dan pengangkutan.

Penginapan asrama dan penyediaan makanan yang seimbang.

Kompleks sukan yang lengkap dengan kolam renang bersaiz Olimpik

Perkhidmatan internet jalur lebar seluruh kawasan kampus.

Permohonan dibuka mulai 1 Ogos 2018.

Permohonan kemasukan ke Tingkatan Satu dengan tawaran biasiswa akan ditutup pada 20 September 2018.

Semua permohonan kemasukan perlu dibuat secara atas talian di laman web KYSM

Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

 
 gb

HARI AKHIR 2018

23.11.2018 24:00 7 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat