Ujian UKM 1 Kemasukan Program Permata Pintar 2018

Makluman Ibubapa/Penjaga yang berminat,

Ujian UKM 1 kemasukan ke Program Permata Pintar 2018 kini telah dibuka sehingga 31 Mei 2018. Murid-murid yang berminat boleh menduduki ujian tersebut secara atas talian di sini

Di bawah adalah maklumat ujian UKM 1 :

1.Ujian terbuka ini boleh diambil mulai 1 Februari hingga 31 Mei setiap tahun. Ujian ini adalah sebahagian usaha pencarian murid pintar intelek semula jadi yang dikendalikan oleh Pusat PERMATApintar Negara dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia; Jabatan Pedidikan Negeri, Pejabat Pendidikan Daerah,Kolej PERMATA Insan (kendalian Universiti Sains Malaysia - USIM), Sekolah, dan Maktab Rendah Sains Mara.

2.Ujian dalam talian ini adalah percuma dan boleh diambil terus tanpa halangan birokrasi di sekolah, rumah dan lain-lain tempat yang mempunyai kemudahan Internet dengan membuka laman ini.

3.Murid hanya perlu tahu perkara-perkara asas penggunaan komputer seperti menggunakan tetikus (mouse), pad sentuh (touchpad) dan papan kekunci (keyboard). Sekiranya murid berhenti atau talian terputus, maka murid boleh menyambung semula ujian di waktu yang lain sehingga tamat.

4.Murid telah menamatkan ujian boleh mendapatkan Sijil Penyertaan Ujian Pencarian Bakat UKM1 Peringkat Kebangsaan Tahun 2018. Sijil ini mempunyai skor minima untuk mendapatkannya. Jika tidak mencapai skor ini, sijik tidak dikeluarkan. Murid yang layak mendapat sijil penyertaan UKM1 tidak semestinya murid tersebut melepasi skor kelayakan untuk ke ujian saringan kedua UKM2.

5.Sila pastikan kod sekolah adalah betul sebelum dicetak. Murid juga boleh mengemaskini maklumat dan mencetak semula sijil penyertaan jika terdapat kesilapan di alamat http://pelajar.permatapintar.edu.my/

6.Murid yang melepasi skor kelayakan akan ditawarkan untuk sertai ujian saringan kedua UKM2 secara terkawal yang akan diadakan dalam bulan Julai hingga Ogos. Semakan kelayakan boleh dibuat di laman http://semak.permatapintar.edu.my/ mulai bulan Julai. Murid/guru/ibu bapa perlu memastikan nombor telefon dan emel yang betul dalam maklumat murid.

Harap maklum.

 

Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

 
 gb

UPSR 2018

24.09.2018 24:00 1 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat