Hari Suai Kenal Dan Taklimat Ibubapa Tahun 1 / KSSR Tahun 1 Semakan 2017

Makluman Ibubapa/Penjaga Murid Tahun 1 2018,

Sukacita dimaklumkan, anak tuan telah didaftarkan ke Tahun 1, di SK Bandar Putra bagi sesi persekolahan 2018.

Sehubungan dengan itu, Sesi Suai Kenal dan Taklimat Ibu Bapa akan diadakan seperti ketetapan berikut:-

Tarikh/Hari :  11 November 2017/Sabtu

Tempat :  Dewan Terbuka, SK Bandar Putra

Masa : 

7.30 pagi - Pendaftaran Murid

8.05 pagi - Taklimat Ibu Bapa/Penjaga / KSSR

              -  Murid membuat latihan diagnostik

Kehadiran:  Semua Murid Tahun 1 2018  dan Ibu Bapa/Penjaga

Berikut adalah beberapa perkara untuk makluman dan tindakan pihak tuan :-

1. Anak tuan perlu hadir untuk sesi penyesuaian diri dan penentuan kelas Tahun 2018.

2. Mohon kerjasama tuan untuk menyediakan alat tulis seperti pensel, pemadam dan pensel warna.

3. Tuan dikehendaki membawa slip pendaftaran yang dikepilkan bersama surat ini pada Hari Suai Kenal tersebut.

4. Anak tuan dikehendaki berpakaian kemas dan berkasut.

5. Kerjasama tuan untuk mematuhi tarikh yang ditetapkan oleh pihak sekolah amat diharapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.  Segala kerjasama dan tindakan tuan kami dahului dengan ucapan terima kasih.

**Surat makluman kepada tuan/puan akan diedarkan ke alamat yang didaftarkan dalam masa terdekat.

Sekian, terima kasih.

 
Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

 
 gb

HARI AKHIR 2017

23.11.2017 24:00 -2 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat