Makluman Umum Pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 2017

Makluman Ibubapa/Penjaga,

Dengan segala hormatnya, surat siaran arahan mengenai pelaksanaan Bantuan Khas Awal Persekolahan 1 Malaysia ,Kementerian Pendidikan Malaysia  KPMSP-800-4/1/5 Jld 4(8) yang bertarikh 21 Januari 2016  dirujuk.

2.Kementerian Pelajaran Malaysia menetapkan kelayakan penerimaan bantuan seperti berikut:

2.1 Murid warganegara Malaysia

2.2 Murid bukan warganegara tetapi salah seorang daripada ibu bapa/penjaga warganegara

2.3 Isi rumah berpendapatan bulanan kasar RM3000.00  dan kebawah

3. Menurut arahan KPM , bagi  memastikan murid adalah layak menerima bantuan, ibu bapa / penjaga perlu mengemukakan slip gaji atau penyata bank bagi 3 bulan terkini yang tidak dipadam/diedit  atau penyata cukai pendapatan terkini . Ibu bapa yang tidak mempunyai slip gaji atau penyata gaji atau penyata cukai pendapatan terkini perlulah melengkapkan borang pengesahan pendapatan yang disediakan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia..

4.Oleh itu, tuan diminta menyerahkan salinan slip gaji /penyata gaji kepada guru kelas anak masing-masing selewat-lewatnya  8 Februari 2017 . Kegagalan pihak ibu bapa atau penjaga mengemukakan dokumen seperti yang berkenaan dalam tempoh yang ditetapkan boleh menyebabkan bantuan tidak diperolehi.

5.Hanya murid yang layak menerima bantuan sahaja yang akan menerima surat makluman layak terima bantuan daripada pihak sekolah.

Sekian untuk makluman dan perhatian  pihak tuan.

Sekian. Terima kasih.

** Tarikh akhir penghantaran slip gaji adalah pada Rabu,8 Februari 2017 dan bukannya pada 9 Februari 2017 seperti dalam edaran surat kepada murid.

Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

gb
 

UPSR 2017

11.9.2017 24:00 136 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat