Notis Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Putra Kali Ke-12

Makluman Ahli PIBG SK Bandar Putra,

Mesyuarat Agung PIBG SK Bandar Putra Kali Ke-12 (2015/2016) akan diadakan seperti ketetapan di bawah :

Tarikh/Hari : 28 Disember 2015/Isnin

Masa : 7.45 pagi

Tempat : Dewan Terbuka SK Bandar Putra

Sehubungan itu, tuan/puan dijemput hadir bagi menjayakannya dan penyampaian hadiah pengiktirafan kejayaan UPSR 2015 juga akan diadakan.

Tuan/puan juga boleh membuat sumbangan PIBG dengan anggaran maksimum sebanyak RM 80.00/keluarga (Anak seorang : RM 50.00 sekeluarga sahaja/anak lebih seorang : RM 80.00 sekeluarga) setelah usul dipersetujui oleh ahli dalam Mesyuarat Agung PIBG nanti.

Untuk melancarkan majlis dimohon hanya seorang wakil setiap keluarga perlu hadir kerana tempat duduk adalah terhad.

Mohon kerjasama ibubapa/penjaga memulangkan kembali BORANG A yang telah diserahkan kepada anak jagaan tuan/puan selewat-lewatnya Khamis, 19 November 2015.

Kerjasama tuan/puan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Harap maklum.

 

Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

 
 gb

UPSR 2019

23.09.2019 24:00 244 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat