Pencarian Bakat Muda Harimau Selatan

Makluman Ibubapa/Penjaga yang berminat,

Persatuan Bolasepak Negeri Johor akan mengadakan sesi pemilihan terbuka pemain bola sepak untuk kategori bawah 12 tahun pada 26 November dan kategori 15 tahun pada 30 November di Stadium Educity, Nusajaya jam 8.00 pagi dibawah kelolaan jurulatih daripada Borussia Dortmund. Kategori 12 tahun hanya layak untuk pemain yang dilahirkan pada tahun 2004 dan bagi kategori 15 tahun untuk pemain yang dilahirkan pada tahun 2001 dan 2002 sahaja. Kepada sesiapa yang berminat sila hantar butiran anda seperti dibawah.

Nama Pemain :

No. Kad Pengenalan :

Alamat :

No. Telephone :

Email Penjaga :

Kelab :

Sekolah :

Posisi Bermain :

Emailkan kepada En Arif Haq Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya (12 tahun) sebelum 23 November 2015 jam 11 malam dan En. Shahrizal Sarip Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya (15 tahun) sebelum 26 November 2015 jam 11 malam. 

*peserta yang telah berdaftar akan dihubungi melalui email.

*semua peserta akan menjalani ujian kepantasan.

Program pembangunan bola sepak dari peringkat akar umbi yang diilhamkan oleh DYAM Brigadier Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor merangkap Penaung Diraja Persatuan Bolasepak Negeri Johor ini akan memulakan latihan rasmi skuad tersebut mulai Februari tahun depan. Mereka yang terpilih akan ditempatkan di sekolah dan asrama yang sama untuk memudahkan proses pembelajaran dan latihan akademi bola sepak mereka. Luaskan Kuasamu Johor.

** Pihak sekolah tidak terlibat secara langsung dengan program di atas. Kami hanya membantu dari segi sebaran maklumat.
 
Harap maklum.

Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

 
 gb

UPSR 2019

23.09.2019 24:00 248 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat