TARANTULA; Sistem Perkongsian Dan Penyebaran Maklumat Bersepadu

TARANTULA merupakan satu sistem perkongsian dan penyebaran maklumat bersepadu yang telah dibangunkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan (BTP), Kementerian Pelajaran Malaysia.  Ianya lebih menjurus kepada satu sistem automasi maklumat (library system) yang boleh dikongsi bersama oleh semua pengguna.

Sebagai contoh mudah, sekiranya saya perlu mencari sebuah buku berkenaan PTK dan saya tidak dapat mencarinya di pasaran kerana kehabisan stok. Saya boleh melayari sistem ini untuk menjejaki di mana saya boleh meminjam buku berkenaan supaya saya dapat lulus dengan skor 4 - 4 di masa hadapan!!!

Antara kemudahan yang disediakan di dalam sistem ini termasuklah:-

1. Kemudahan mengimport maklumat murid daripada Sistem SMM/HEM kepada Sistem i-NILAM. Guru Data Sekolah kini boeh melakukan proses import maklumat murid daripada Sistem Maklumat Murid (SMM/HEM) kepada Sistem i-NILAM secara kendiri dan online. Sila bawa turun manual pengguna "Panduan mengimport maklumat murid daripada SMM/HEM ke i-NILAM" melalui skrin sistem i-NILAM.

2.  Perlaksanaan Sistem i-NILAM secara online. Memperolehi data berkenaan rekod bacaan NILAM murid dan mencetak sijil NILAM.

3. Pengkatologan dan panduan pengkelasan buku-buku.

 

 

 

Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

gb
 

Info Semasa

Selamat Datang
Terima kasih atas kunjungan anda ke portal ini. Dapatkan informasi terkini SK Bandar Putra di sini.


UPSR 2014

9.9.2014 24:00 7 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat