PERIBAHASA; Ayam dalam bahasa kiasan budaya Melayu

 

1. Ayam baru belajar berkokok. (Baru cukup umur.)

2. Ayam berinduk, sirih berjunjung. (Tiap-tiap yang lemah harus mendapat bantuan dan perlindungan.)

3. Ayam berlaga sekandang. (Berkelahi dengan orang serumah.)

4. Ayam bertelur di atas padi, mati kelaparan. (Sangat menderita meskipun bergaji besar, beristerikan/bersuamikan orang kaya)

5. Ayam bertelur di atas padi. (Hidup senang dan mewah.)

6. Ayam dapat, musang dapat. (Pencuri tertangkap, barang-barangnya pun tidak hilang.)

7. Ayam itik, raja pada tempatnya.(Tiap-tiap orang ahli dalam urusannya masing-masing.)

8. Ayam seekor bertambang dua. (Gadis seorang, dua bujang yang ingin.)

9. Ayam tak patuk, itik tak sudu. (Keadaan orang yang hina dalam masyarakat.)

10. Ayam terlepas, tangan bau tahi. (Kejahatan yang tidak mendatangkan hasil, melainkan malu semata-mata.)

11. Ayam tidur senang di dalam reban, musang yang susah beredar sekeliling. (Tidak senang melihat kebahagiaan orang.)

12. Ayam yang tangkas di gelanggang. (Orang yang pandai berkata-kata di dalam majlis.)

 

Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya.

Peribahasa tradisi merujuk kepada peribahasa yang digunakan dalam pertuturan sehari-harian atau secara bercetak sebelum tarikh kemerdekaan. Peribahasa moden pula merujuk yang dicipta selepas tarikh tersebut. Peribahasa merupakan sabahagian daripada bahasa kiasan dalam budaya Melayu.Keindahan peribahasa merupakan cara sesuatu peribahasa itu digunakan, yang membina minda. Tetapi pada masa kini, pelbagai peribahasa dicipta yang memaksa pelajar-pelajar menghafalkan seberapa banyak peribahasa seperti robot.

Peribahasa yang baru dicipta ini memberikan peluang kepada penerbit buku melariskan buku masing-masing dengan mengisi buku masing-masing dengan peribahasa moden yang janggal, dengan setiap penerbit menghasilkan peribahasa masing-masing.Selain itu, peribahasa yang baru dicipta ini juga mendorong kepada merosakkan bahasa, kerana sesetengah daripadanya hanya dibuat secara serkap jarang tanpa sebarang penyeliaan oleh sebarang pihak.

Sebagai contoh (ciptaan sendiri):

Seperti tetikus tanpa wayar / Seperti tetikus lepas tambatan.

Penjelasan:Tetikus dahulu terikat kepada komputer dan tidak bebas bergerak. Bagaimanapun, tetikus moden tanpa wayar bebas bergerak tanpa perlu terikat dengan komputer.

Ertinya: Seseorang yang dahulunya terikat kini bebas hendak kemana-mana sahaja.

Contoh penggunaan: Aminah kini bebas pergi ke disko semenjak dia keluar dari rumah keluarganya dan berpindah di kampung kebandar, seperti tetikus lepas tambatan.


sumber: http://ms.wikipedia.org/wiki/Peribahasa

 


 

Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

gb
 

Info Semasa

Selamat Datang
Terima kasih atas kunjungan anda ke portal ini. Dapatkan informasi terkini SK Bandar Putra di sini.


UPSR 2014

9.9.2014 24:00 -12 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat