Makluman Sekolah Akhir Tahun 2013 dan Awal Tahun 2014

Kepada semua guru, ibu bapa/penjaga, pengusaha bas sekolah dan murid SKBP,

 

Berikut adalah makluman dan tindakan yang perlu diambil berhubung sesi persekolahan akhir tahun 2013 dan awal tahun 2014.

1. Pengumuman Keputusan UPSR

  • 14 November 2013 (Khamis)
  • Semua murid Tahun 6 hadir dengan uniform sekolah yang lengkap
  • Semua ibu bapa/penjaga murid Tahun 6 dijemput untuk meraikan majlis dan memberi sokongan kepada anak masing-masing

2. Hari Anugerah Cemerlang

  • 15 November 2013 (Jumaat)
  • Semua murid dikecualikan hadir kecuali
  • - Penerima Hadiah
  • - Penerima Kecemerlangan UPSR Tahun 6
  • - Murid yang terlibat dengan persembahan
3. Cuti Sekolah Akhir Tahun
  • 16 November 2013 - 1 Januari 2014
  • Semua murid
4. Pengambilan Rekod Profail dan Sijil Berhenti Tahun 6
  • Mulai 18 November 2013
  • Semua murid tahun 6
5. Pengesahan Murid Tahun 2014, Pembelian Buku/Alat Tulis dan Sumbangan PIBG
  • 28 Disember 2013 (Sabtu)
  • 8 pagi - 12.00 tengah hari
  • Dewan Terbuka/Kedai Buku
  • Semua ibu bapa/penjaga dan murid
6. Sesi Persekolahan 2014
  • 2 Januari 2014 (Khamis)
  • Semua ibu bapa/penjaga, pengusaha bas sekolah dan murid
Berikut adalah beberapa borang/lampiran yang perlu diisi dan dibawa bersama pada Hari Pengesahan Murid 2014
  1. Senarai buku/alat tulis
  2. Borang Pengesahan Penempatan 2014
  3. Borang Maklumat Diri Murid 2014
Kerjasama tuan untuk mematuhi semua tarikh yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah amat diharapkan bagi mengelak sebarang kesulitan. Harap maklum dan terima kasih.
Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

 
 gb

UPSR 2019

23.09.2019 24:00 244 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat