Pertukaran Guru Antara Negeri, Dalam Negeri Dan Antara Daerah 2010

Sukacita dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri dan Dalam Negeri (Antara Daerah dan Dalam Daerah) akan menggunakan sepenuhnya sistem on-line e-G Tukar mulai Pertukaran Guru Jun 2010. [Sila rujuk Surat Siaran Permohonan Pertukaran Guru Terlatih Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah Secara Atas talian (e-GTukar) KP/KPPM/5(11)].

Sehubungan itu, dimaklumkan bahawa Permohonan Pertukaran Guru Antara Negeri, Antara Daerah dan Dalam Daerah bagi Pertukaran Jun 2010 melalui Sistem e-GTukar akan dibuka mulai 1 hingga 25 April 2010. Pemohon boleh mengakses aplikasi e-GTukar ini melalui laman web KPM seperti berikut:

i. http://www.moe.gov.my   atau

ii. http://apps.emoe.gov.my/epgo

Permohonan secara on-line ini dibuka kepada guru Gred DGA29, DG41, DGA32(KUP), dan DG44(KUP) sahaja serta mematuhi garis panduan pertukaran guru seperti yang dinyatakan dalam surat siaran.

Manakala guru Gred DGA32, DGA34, DG44 dan DG48 hakiki perlu memohon secara manual dengan menggunakan borang manual (berasaskan perisian excel) yang boleh diperoleh dari laman web e-GTukar dan dihantar melalui sekolah ke JPN untuk dihantar ke Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM.

Permohonan pertukaran bagi Jun 2010 juga hanya dibuka untuk kes-kes Permohonan Pertukaran seperti berikut:

i. Mengikut suami / isteri yang telah berada di negeri yang dipohon
ii. Ancaman Keselamatan (disertakan laporan polis)
iii. Kes kesihatan kronik bagi pemohon (disertakan laporan kesihatan daripada doktor pakar kerajaan)

Kelulusan pertukaran adalah tertakluk kepada kekosongan jawatan dan opsyen di tempat yang dipohon.

Oleh sebab permohonan pertukaran guru antara negeri, antara daerah dan dalam daerah mulai Jun 2010 adalah sepenuhnya secara on-line, kerjasama Guru Maklumat / Data Sekolah dipohon untuk sentiasa mengemaskini maklumat guru, manakala kerjasama dan akuntabiliti Pengetua / Guru Besar / Pentadbir Sekolah sebagai pengesah sangat diharapkan bagi memastikan setiap maklumat yang diberikan oleh pemohon pada borang permohonan adalah betul dan tepat. Pengesah juga dipohon mengesahkan setiap permohonan pertukaran guru dengan kadar segera supaya tindakan seterusnya oleh penyemak di PPD/JPN/Bahagian dapat dilaksanakan.

Sekian, Terima kasih.

En. Mohd. Azmi bin Abdul Rahman

 24-03-2010

Share/Save/Bookmark

blog comments powered by Disqus
 

GURU BESAR SKBP

gb
 

Info Semasa

Selamat Datang
Terima kasih atas kunjungan anda ke portal ini. Dapatkan informasi terkini SK Bandar Putra di sini.


UPSR 2014

9.9.2014 24:00 -8 Days

JComments Latest

Statistik Pelawat


Laman Popular

Waktu Solat