• Bestari
  • English
  • Agama
  • SKBP
  • Sains
  • Pentadbir
  • PSS
  • SPBT
  • Kaunseling
  • Exam

SK Bandar Putra

Maklumat Aktiviti SK Bandar Putra

  • Home
  • Contact
  • Log in

Minda Pengarang: Kelonggaran Bayar Yuran Sekolah Usah Diambil Mudah

January 6th, 2009

***Petikan dari Berita Harian Online

MUSIM persekolahan tahun ini nampaknya berlangsung tanpa sebarang kontroversi, terutama membabitkan keluhan ibu bapa yang sering kita dengar setiap awal tahun. Semuanya bermula dengan langkah Kementerian Pelajaran mengeluarkan pekeliling kepada semua sekolah di seluruh negara bagi menangguhkan kutipan yuran sekolah dan pelbagai yuran lain sehingga April. Selain itu, langkah proaktif sekolah menyalurkan skim pinjaman buku teks kepada semua pelajar sebelum cuti persekolahan bermula November lalu menyebabkan urusan persekolahan yang biasanya kecoh pada awal tahun berjalan lancar. Ini bermakna langkah kementerian berjaya menyelesaikan masalah yang biasanya timbul setiap kali sekolah dibuka. Sejumlah enam juta pelajar mengikuti pengajian di seluruh negara tahun ini. Kecuali puluhan ribu pelajar di kawasan terbabit dengan banjir di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang tidak dapat ke sekolah kerana bangunan sekolah dinaiki air atau menjadi kawasan penempatan sementara mangsa banjir, pelajar di negeri lain meneruskan persekolahan seperti biasa. Sehingga kini, lebih 30,000 pelajar membabitkan hampir 40 sekolah di Kelantan tidak ke sekolah dan hal sama turut dialami pelajar di Terengganu, Pahang dan Sabah. Kita menyokong langkah proaktif kementerian yang semakin menyedari masalah tekanan kewangan dihadapi ibu bapa yang mempunyai ramai tanggungan setiap kali musim persekolahan bermula, selepas berhempas pulas mencari wang untuk persiapan sekolah anak.

Dengan langkah diambil bagi pembayaran pelbagai yuran tiga bulan selepas sekolah dibuka, ia membolehkan ibu bapa kembali bernafas. Ini penting memandangkan kegawatan ekonomi semakin dirasai apabila ada kalangan ibu bapa kehilangan pekerjaan berikutan penutupan kilang kesan krisis ekonomi global dan sudah pasti, tindakan yang diambil kerajaan itu cukup melegakan. Cuma harapan kita, ibu bapa tidak mengambil kesempatan terhadap kelonggaran disediakan sekolah dan semua yuran diwajibkan perlu dibayar, walaupun secara berperingkat. Ini membolehkan sekolah menjalankan kegiatan, terutama yuran membabitkan kegiatan pelajar. Tanpa peruntukan tambahan menerusi yuran, sesetengah sekolah tidak dapat menjalankan aktiviti terutama melalui pungutan yuran Persatuan Ibu Bapa Guru (PIBG) yang diwajibkan kepada pelajar. Sehubungan itu, pengurusan sekolah perlu mendapatkan dana khas daripada kementerian bagi membolehkan kegiatan pelajar dilaksanakan sebaik saja sesi sekolah dibuka, tanpa menunggu kutipan pelbagai yuran dikenakan. Ini dapat mengelak aktiviti pelajar terbantut atas alasan sekolah tidak mempunyai dana mencukupi. Ibu bapa nampaknya tidak mempunyai alasan lagi terhadap pendidikan anak dan mereka perlu memastikan anak belajar dan membantu sekolah meneruskan kecemerlangan. Ini penting kerana tanpa sokongan dan kerjasama ibu bapa, pihak sekolah tidak mampu untuk menjadikan anak mereka sempurna di dalam pelajaran. Kejayaan anak di sekolah, sebahagiannya disumbangkan ibu bapa di rumah dan atas keyakinan itu,kedua-dua pihak perlu bertanggungjawab bagi memastikan mutu pendidikan negara terus meningkat.

Posted in Sekolah, Berita Am | Send feedback »

Hari Pertama Persekolahan 2009

January 5th, 2009

Alhamdulilah, hari pertama sesi 2009 telah berjalan dengan lancar pada sesi pagi dan petang. Sesi pagi dan petang dimulakan dengan perhimpunan dan seterusnya murid-murid bergerak ke kelas untuk sesi P&P seperti biasa.

Sila layari skbp's fotopage untuk gambar-gambar yang lain.

Posted in Sekolah, Gambar Aktiviti, Berita Am | Send feedback »

Takwim PPD Kulai 2009

January 2nd, 2009

Kepada semua guru SKBP, sila klik disini untuk Takwim PPD Kulai 2009.

Posted in Sekolah, PPD Kulai, Berita Am | Send feedback »

Senarai Guru SKBP Yang Berpindah Keluar

January 2nd, 2009

Berikut adalah Guru-guru SKBP yang telah berpindah keluar mulai 1/1/09

1. En. Azha b. Daud - berpindah ke Kedah
2. Pn. Rohana bt. Tarsom - berpindah ke Layang-layang
3. En. Salleh b. Hitam - berpindah ke Bandar Tenggara
4. En. Sabri b. Mamat - cuti belajar

Ribuan terima kasih diucapkan atas segala jasa dan bakti anda selama berkhidmat di SKBP. Semoga bertemu lagi di masa hadapan.

Posted in Sekolah, Berita Am | Send feedback »

Selamat Kembali Ke Sekolah 2009

January 1st, 2009

Kepada semua Warga SKBP "Selamat Kembali Ke Sekolah 2009" dengan azam yang baru dan tekad untuk berjaya. Kita jumpa pada 5 Januari 2009.

Posted in Sekolah, Berita Am | Send feedback »

1 2 3 4 5 6 7 8 9 10 11 ... 18 >>
  • January 2009
    Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
     << <   > >>
            1 2 3
    4 5 6 7 8 9 10
    11 12 13 14 15 16 17
    18 19 20 21 22 23 24
    25 26 27 28 29 30 31
  • SK Bandar Putra

    • Recently
    • Archives
    • Categories
    • Latest comments
  • Search




  • Categories

    • All
    • Sekolah
      • Aktiviti
        • HEM
        • Kokurikulum
        • Kurikulum
      • Berita Am
      • Gambar Aktiviti
      • JPNJ
      • KPM
      • PIBG
      • PPD Kulai
      • SPP
  • XML Feeds

    • RSS 2.0: Posts, Comments
    • Atom: Posts, Comments
    What is RSS?
powered by b2evolution

©2009 by najib mokhtar | Contact | Design by Michael | Credits: free blog | green hosting | François